Thursday, May 5, 2011

Surat buat kekanda ku sayang~

Program Khidmat Masyarakat,
Bina Insan Guru (BIG) Sem 4,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
5 MEI 2011.


Kehadapan BIG yang membuat adinda ternanti-nanti. Diharapkan saudara BIG berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Tujuan adinda mengarang surat ini khas buat kekanda adalah kerana adinda sudah tidak dapat menahan lagi perasaan yang sedang meronta-ronta di dalam hati adinda. Walaupun adinda sudah kebal dengan segala perlakuan kekanda terhadap adinda, namun adinda tetap inginkan kepastian daripada kekanda. Sudah dua kali kekanda membatalkan temujanji kita. Adakah kekanda marah dengan adinda? Atau kekanda sudah berjumpa dengan gadis pilihan kekanda? Tolong terangkan sebab mengapa kekanda BIG cuba untuk menghindarkan diri dari adinda. Begitu banyak pengorbanan yang telah adinda lakukan bagi memenuhi segala hasrat dihati kekanda. Adakah kekanda masih belum berasa puas dengan segala pengorbanan yang telah adinda lakukan? Beritahu adinda wahai kekanda BIG ku sayang. Jangan berterusan menghukum jiwa dan raga adinda sebegini rupa. Adinda berharap hati kekanda BIG akan terbuka sekaligus mampu untuk merawat hati adinda yang sedang luka berdarah ini. Surat atau sebarang perkhabaran dari kekanda akan adinda nantikan dengan penuh pengharapan. Kucupan sayang dari adinda buat kekanda BIG.



Yang menanti dengan penuh pengharapan,
Fira Azhar.