Sunday, December 22, 2013

Kajian Tindakan a.k.a Action Research

Kajian tindakan ni wajib dibuat oleh semua pelajar semester 8 untuk program PISMP dekat IPG. So, bila dah wajib saya pun termasuk la sekali dalam golongan tu. Haa. Since sem 7 dah kena fikir nak buat apa, siapa kumpulan sasaran, tajuk apa yang nak kena buat. Haa. Puas la fikir nak buat ape. Time tu tengah praktikum fasa 3 dekat SK Lelaki Bandar Kluang, Johor. So, nak jalankan kajian pun kena ambil kira pasal student kita. Yela, nak buat kajian dekat budak lelaki, tak kan nak buat benda yang kita sedia maklum yang budak lelaki tak suka kan? 

So, i've decided to play game with them. Maka terhasillah kajian tindakan saya yang bertajuk " Meningkatkan kebolehan mengingat murid tahun 5 tentang nama dan fungsi alatan jahitan melalui permainan Running Man ".  HAHAHA. Kenapa nak namakan game tu Running Man? Sebab game tu macam treasure hunt and semua pemain tu adalah lelaki. So, Running Man la. HAHAHA.

Student excited main game

Haa! Ada salah tu... Betulkan balik!

HAHA. Tak payah nak berkerut sangat la.


Last checkpoint - Amali 

Medal for the winners
The winners!

Lepas dah jalankan kajian, haruslah mula buat draf untuk kajian kita tu. Buat lah jadual, graf untuk kukuhkan hasil dapatan data kita dah dapat tu.Haa. Part ni memang pening. Tapi nak tak nak tetap kena buat. Haa. So, bila da complete, pergi lah hantar 1st draf dekat penyelia. Haruslah kena buat balik hokayy. Miracle sangat la tu kalau 1st time hantar dah boleh hantar jilid. HAHAHA.

Bila dah hantar 3 kali draf dekat penyelia, at last, penyelia pun kinda approve with the Action Research (AR). So, kami pun ready la untuk perbentangan AR which more like VIVA. Prepare baik punya slide untuk present depan panel. Dapat pulak lecturer baru. Haa. Haruslah banyak soalan yang nak tanya kan. HAHA. Tapi nasib baik one of the panel tu penyelia si pipi kembung mimie tu.Hehe. Ada la tips-tips yang dia bagi yang saya guna so that menepatilah kehendak panel tu. Haruslah amik hati uolss! HAHA.

The panel

Serius cuak wei!

Hamek. terus tunjuk dekat slide. HAHA.

Done! YAYY!!

Saya rindu awak sahabat!

Harini tetibe terindu dekat mimie. Hahaha. So, entry ni nak buat untuk dia la. 


Video kat atas ni time mimie berani nak bawak motor. Fyi, minah ni penakut nak bawak motor. Tapi sebab kami kena duduk luar untuk sem last, and kami berdua tade kenderaan melainkan motor saya ni, jadi secara tak langsung, mimie ni mula la bawak motor. Haa. Punca dia bawak motor sorang-sorang tu pun sebab saya sakit time tu and tak boleh pegi kelas tapi dia pulak ada kelas. Nak tak nak, dia kena la beranikan diri bawak motor. Hehe. Aku sayang kau mie!

Buat kau yang bernama Diana,
Aku tak pandai menyusun kata, 
Tapi bisa meluahkan rasa, 
Rindu, sedih buatmu Diana.

Perkenalan kita tak romantik, 
Semester pertama kita plastik, 
Aku & kau dua-dua statik,
Kerna belum kenal hati yang cantik.

Moment kau & aku,
Hanya kita yang tahu,
Toilet tempat runtuhnya egomu,
Untuk benarkan aku kenal hati budimu.

Bermula dari situ,
Terciptalah kisah kau & aku,
Rahsia kau aku tau,
Rahsia aku kau tau.

Pelbagai kisah kita coretkan, 
Pahit getir kita ketepikan,
Onak ranjau kita tempuh perlahan,
Untuk kukuhkan sebuah persahabatan.

First time, aku tengok muka kau dengan mata yang bengkak  sama macam pipi kau yang bengkak tu., aku rasa macam nak cekau-cekau je. Pandang orang macamkan orang ada buat salah je dengan dia. Sakit pulak hati kita ni. Dah la duduk sebelah bilik aku, Masa tu rasa macam lamanya nak kene mengadap muka dia ni sebab nak habiskan belajar. Dah la jalan macam robot sebab tak nak bagi tudung lari. Hahahahahaha. Pastu pandang orang macam sume orang tu musuh die, ada buat salah dengan dia. Tapi nasib baik lah kau sebilik dengan orang yang paling ramah, kepoh chi , kak nam dekat floor kita tu, kalau tak memang tak la kau nak keluar dari bilik kau tu kan!

Lepas tu kita jadi pak sanggup untuk minah dua orang tu (Mek Kero & Mek Ye Krek Krek). Angkut beg nak pegi haji time g Putrajaya nak sambut Merdeka. Siot betul dorang. Janji nak gilir-gilir. Sudahnya, kau ngan aku jugak yang kena angkut beg haji yang ade barang untuk 4 orang tu. Hahaha. Lepas balik dari Putrajaya tu la kita mula rapat. Sebab ape mie? Muahahahahaha yang tu lawak. Hanya kau & aku je tau kan. So, biar kita je yang tau. Shhh... Hahahahaha. 

Next, kita da makin rapat and dapat pergi KAGUM wakil IPG untuk hoki. Kita berempat, ye, aku tak lupa korang berdua sayang. Ili Syahirah & Izyan Nadhirah, korang berdua pun sahabat dunia akhirat aku. Just kita terpisah time final sem, so, lebih sikit la dekat si pipi kembong tu. HAHA! 


Malam perasmian KAGUM

Atlet KAGUM 09


Hoki Wanita IPG KTHO

Miss this moment!

Lepas pergi kagum, kita berempat memang ngam yang teramat la. Pergi mana-mana mesti sama-sama. Pakej la, aku ngan Ili, Kau ngan Yan. Geng-geng rumate. Akak Ab pun termasuk sekali. Tapi sebabkan bilik die hujung dunia, aku tak berapa rapat sangat macam mana korang rapat ngan akak. Yela, korang berempatkan satu kelas. RBT 1 plus 1 RBT 3. HAHAHA. 

Lepas tu, Ili & Yan dah start berubah. Pergi usrah, ada program every weekend. Hehe. Aku ngan mimie ni syaiton nirrajim sikit. Bila akak usrah datang nak bagi usrah, aku ngan mimie akan cabut g bilik akak ab. Stay sampai akak tu pegi. Hahahaha. Tu la, nak elak sangat sampai rumate masing-masing join usrah. Kan dah jadi rumate bdk usrah. Sejuk sikit bilik kita tu kan mie. HAHAHAHA.

Lepas tu akak tunang, dah tak join kita sangat walaupun die memang tak selalu join sangat pun. Komitmen banyak katanya. HAHAHA. Tapi time tu, Ili & Yan tak pegi, sebab ade program. Aku ngan mimie jela yang pegi tunang akak. 

mini pelamin akak

From left : mimie, hani, pija , fira

with the bride to be

Lepas tunang, mesti lah nikah kan, akak pun tamatkan zaman solo dia. So, komitmen die makin bertambah. Takpe-takpe, kami paham. Hehe.

Before jadi isteri orang.

Odw jadi isteri orang

Dah jadi isteri orang. Yayy! HAHA






Amik berkat sikit kakkk


Tahniah Puan!


Cakkk!






Kita join nasyid sama-sama. Kumpulan Al-Jannah Blok 03 kita berlima masuk, tapi Kumpulan As-Salsabilla untuk PISP Sem 3 just aku dengan mimie yang masuk.





 Tiga gambar dekat atas ni gambar Kumpulan Al-Jannah & Tiga gambar dekat bawah ni Kumpulan As-Salsabilla.






 Lepas tu, kita da mula PBS, aku dengan mimie tak berpisah lagi. Kita merantau sama-sama.

PBS 1 - Sekolah Kebangsaan Pendang, Kedah Darul Aman

PBS 2 - Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Perak Darul Ridzwan

PBS 3 - Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang, Negeri Sembilan Darul Khusus

PBS 4 - Sekolah Kebangsaan Seri Melor, Kelantan Darul Naim
Kita selalu keluar makan sama-sama. Tu je la cara kita nak luangkan masa sebab Ili & Yan asyik busy dengan program. Hehe.

Mimie & Yan

My forever roomate
Hujan-hujan pun kita bantai bergambar jugak kan mie! HAHA! Sedih!



Ili Syahirah & Izyan Nadhirah, 
Kami berdua sentiasa support perjuangan ukhti berdua. 
ALWAYS!

Picture 1st time rumate nak try pakai tudung labuh. Thumbs up!

Mek Ye Krek Krek

After that, kita berempat terpaksa split sebab kena duduk luar. Korang berdua dah ada rumah program, senang nak jalankan program or aktiviti. Kami paham. So, kami berdua merayau g cari bilik sewa. Harus lah bilik, tak kan la nak cari rumah. Tak mampu wei. Hehe. Kita cari setiap ceruk Batu Pahat tu kan mie. Alhamdulillah kita dapat duduk dengan pasangan guru yang dah pencen, rezeki kita dapat tuan rumah yang anggap kita macam anak sendiri. Jaga kita sepanjang kita duduk kat sana. Aku syukur wei dapat kenal dengan tuan rumah tu.

Taa Daaa~~~

Merasa jugak duduk dekat kawasan kampung

Aktiviti petang-petang,
PANJAT POKOK!
Sejak duduk dekat rumah ni, kita ulang-alik pergi kelas naik motor. Redah hujan, panas, kulit burn sebab kena matahari direct. Sume tu aku lalui dengan kau mie. Thanks sebab sudi bertenggek dekat motor aku tu.  Kita Awek Scooter, Kita Rider, Kita Traveller, Kita Buddies, 
Kita tak kan berpisah. 



Dear Diana Nasieha, Ili Syahirah, Izyan Nadhirah & Hidayahtunnisa
Thanks for being my dearest friend for five and half years.
Always be beside me through all the laughter and through each and every tears,
Never forget our friendship even one of us is no longer exist,
Remember that my dear friends.

Person who missed you guys,
fira