Saturday, December 27, 2014

Happy Birthday to Me!

Alhamdulillah.

26 Disember genaplah iols 24 tahun. Dah hujung tahun baru nak merasa umur 24 tahun. Kawan yang lain da bosan dengan umur 24 da. Isk3.

Rezeki tahun ni celebrate birthday dekat Desaru, Johor Darul Takzim. Kebetulan ayah ada reunion Tampin Boys School, TBS. Dah 37 tahun tak jumpa katanya. Maka bervacation la kami. Hehe.

Odw ke sana lalu simpang masuk ke Batu Pahat. Teruslah mengimbau segala 5 setengah tahun kenangan time study dekat sana. Hehe.

Sampai je kat sana si kecik Afeef Ali ajak acu dia terjun sumingpul. Hahahahaha iols pn terjun la jugak. Tapi kaki sakit sebab kena main dekat kolam budak kecik. Teman Afeef la. "Acu main la dengan Afeef, Afeef cacut. " Hahahaha

Esoknya which is birthday iols, mak & ayah decided nak singgah JPO. Apalagi, bershopping la kita. Weehoo~

Bila dah penat berjalan, terus decided nak balik plus hujan pulak tu. Kepala pulak dah start sakit. Hehe. Maka, kami pun teruslah shoot ke KL.

Sampai rumah, Afeef ketuk pintu bilik. Lepas tu terus nyanyi lagu birthday. Tapi lagu tu untuk dia. Bukan untuk acu. Cehh.   Dapat hadiah tau uols. Yayyyy. Tq Afeef Ali. Tq mama & papa Afeef, Tq Nong Afeef, Tq atok & nenek Afeef.

Special thanks untuk semua yang wish birthday iols semalam. Sayang uols semua. Muah3. Ngeee~

Meh nak belanja gambar sikittttttt


Mak muka nebes nak snap gambar. Hahaha
Dekat RnR Pagoh
Simpang ke Batu Pahat. Rinduuuuu
Afeef tak nak masuk bilik. Afeef nak suming
Ombak yang sangat tinggi & kuat. Takutttt.
Ayah & Awoknya
Afeef penat. Duduk dalam car je.
Pose 1
Pose 2
Pose 3
 
Tahan nafassssss
Beg beli sendiri ni ye. Plus ada contribution dari mak & ayah
Murah wei. Sale! Sale! Sale!
Hadiah dari semua. Tqsm. Muah3 Tertinggal pulak gambar time teman Afeef suming
Posing sket. Walaupun duduk.
Acu jangan lepaskan Afeef. Afeef cacut.

Sunday, December 21, 2014

Acu's Nephew

Muhammad Afeef Ali.

Tu nama nephew iols. Baru dua tahun tiga bulan. Seorang yang lasak, becok & adorable.

Boleh jadi kawan untuk bergaduh sebab dia sibuk nak tengok cerita dia 24/7. Ajak main ball tapi mengamuk kalau dia tak dapat sepak ball tu.

Kalau suruh amik gambar mesti dia buat muka yang sangat cheeky. Minta kena gomol dengan acu dia je.

Thursday, December 18, 2014

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.
Syukur dengan rezeki yang Allah bagi.
Akhirnya dapat tunggakan gaji untuk 9 bulan. Dapat la bagi mak & ayah sikit. Belanja adik beradik. Setelkan semua hutang-hutang yang tertunggak sebab nak tampung hidup dekat negeri orang.

Next step?

InsyaAllah. Memang dalam perancangan.

Wednesday, December 17, 2014

Sana sini wedding saja

Hai hai.

Tajuk pun pasal wedding, so harini nak cerita pasal wedding yang sudah di attend sepanjang cuti ni.

Punyalah ramai yang buat majlis sampai terpaksa pilih & planning trip untuk ke walimah dorang ni.

Antara pasangan yang buat majlis cuti ni :
● yani ♡ choi ( perak )
● sya ♡ abe chik ( kelantan )
● adi ♡ mimie ( kelantan )
● anna ♡ fazik ( johor )
● ainaa ♡ wan ( kota damansara )
● azrul ♡ farah ( negeri sembilan )
● kak syaherah ♡ pasangan ( keramat )
● kak hajar ♡ pasangan ( pahang )
● kak noor ♡ hawaie ( sarawak )
● kak wani ♡ pasangan ( kelantan )
● jent ♡ pasangan ( pahang )

Haaa. Nampak tak? Serata Malaysia tu. Camno den nak poie sumo. Memang tak dapek la den nak poie. Haaa.

Tapi........ digagahkan jugak la pegi 1/4 je dari invitation yang dapat tu. Haa. 

Ada walimah yang tak dapat attend, so minta tolong mimie & adi jadi wakil la. Tq darling. Haaa wedding mimie side adi pun tak dapat pegi. Tapi dapat jugak la gambar untuk wedding dorang semua ni. Meh nak belanja gambar sikitttt.


Wedding side farah & azrul
Wedding side choi & yani
Wedding side anna & fazik
Wedding side woksey & ainil
Wedding side yani & choi

Wedding side adi & mimie, abe chik & sya

Semoga perkahwinan yang dibina akan sentiasa diberkati oleh Allah,dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Aminnnnn. 

Wednesday, December 10, 2014

I've got mine!

Finally, dapat jugak hp canggih sket.

Hahahaha
Punyalah berzaman baru dapat merasa. Sadis sungguh.

Hahaha

Punca beli sebab next year InsyaAllah dilantik jadi Guru Bestari. So, hp cikgu pun haruslah up to date uolss.

Ni asyik kena bahan dengan member je. "Ape ni cikgu ict tade instagram". Siot sungguh ayat sindiran mereka. Terobek jantung.