Thursday, October 24, 2013

Mood datang balikkkkk!!!

Weehooo!!!

Setelah bersawang-sawang, berdebu 15 inci... Akhirnya, mood nak buat new entry datang balik.. 

HAHAHA 

Last update July, 2012 & new entry date 24th Oct 2013. Gile ohsem! Hahaha 

So, entry kali ni saya rasa nak buat pasal moment-moment terakhir sebelum habis belajar dekat IPG KTHO ni. Semalam try jubah konvo, time tu baru sedar yang tinggal lagi berapa hari je nak habis belajar. Lima tahun setengah menetap dekat BP ni. Macam-macam jadi.


Feeling nak convo dah ^^
And for today's entry, saya nak cerita pasal sem akhir dekat IPG ni. Yaaa!! Sem akhir okkkk!!! Hahahaha Untuk sem akhir ni, kami kena duduk luar and fyi ladies only ok. Sangat tak practical kan system. Tapi takpe, dah pun dilalui dengan hati yang kental dan keras. Hard like a rock. Hahaha Atas sebab-sebab yang tak perlu lah nak diceritakan, saya telah decide nak duduk berdua je dengan sahabat saya iaitu Diana Nasieha. Haa... Berdua je ok! Lagi satu, disebabkan kami ni bukan lah dari golongan yang berkemampuan untuk ada kenderaan yang ada bumbung, kami berdua just naik motor untuk ke kelas tiap-tiap hari. Lagi pulak, kami berdua ni dari kelas yang berbeza. Haa. Mimie ni kelas RBT 1 and saya pulak RBT 3. Ouh lupa. Mimie tu diana la. Nama ala-ala manja giteww.. Gedikss! Hahaha. Ok sambung balik, nama pun dah lain kelas, maka, secara tidak langsungnya jadual pun berbeza la jugak. Haa. Mimie ni selalu ade kelas pagi-pagi & saya pulak selalu kelas start lambat dalam pukul 10 ke 11 camtu la, tak pun tak de kelas langsung. Da nama pun teman serumah sebilik sekatil, tak kan la die pegi kelas pukul lapan saya nak balik rumah sambung tido pulak kan. Saya pn kena la siap awal jugak. Hantar si lenglui tu kat kelas die, lepas tu saya terus la carik port nak landing sementara tunggu kelas saya start. Port tu mesti la dekat surau blok KH!! Hahahaha memang feeling habis la landing kat situ, lagi-lagi kalau pagi-pagi. Sejuk wei!! Hahaha 

Haa, kalau saya pulak ada kelas pagi and Mimie pulak ade kelas lambat, die la pulak yang amik port landing dekat surau blok KH tu. Haa. Kira macam rumah persinggahan kami la. Lagi satu, kami malas la nak bazir minyak untuk just hantar salah sorang yang ada kelas pagi tu and patah balik rumah semata nak tido, baik carik port kat sana terus. Lagi best. Haa. Lepas tu kalau hujan pulak, kami akan inform la dekat KO & PKO kami yang kami datang kelas lepas hujan berhenti. Tak kan la nak redah hujan pulak kan. Walaupun masing-masing ada baju hujan, tapi kami pakai baju kurung kot. Consider la sikit. Haa. Nasib baik la lecturer pn faham and tak banyak bunyi. Hehe. Ala, kene perli dua tiga das tu biasa la. Wat lek wat pis je la. Ape ade hal. Depa bole la men sound, tade kene kat depa, ye dak. Lagi satu, rumah sewa kami ni memang hujung la. Hujung yang teramat. Haa. Kalau dekat rumah kami hujan tapi dekat IPG tak hujan , nak buat camne, tadah je la telinga dengar sindiran dari anasir-anasir busuk bachin tu. Janji kami tau apa yang kami buat. Haa. Tape la, kami dah dapat lalui pun moment-moment tu. Tak lama pun la. Pejam celik, pejam celik je dah study week dah ni. Kami anggap ni semua praktikum yang terakhir before kami kne posting. 

Sem ni jugak la kami tau yang mana betul-betul kawan yang akan ada dengan kami sentiasa bila susah atau senang. Nak cari kawan time senang memang senang, macam cari ikan dekan pasar la. Tapi nak cari kawan yang ada time kita susah tu, perghh.. bapak la susah die, macam nak cari jarum warna hijau dekat padang bola. Haa. Tapi tak pe, kami tak terasa hati pun la, tak amik port langsung kalau ade yang nak mengata pasal kami, makin berat bahu kanan kami dengan pahala-pahala yang anda-anda semua dok bagi free tu. Thanks uolssss! Love you so much! Muacksss! 

HAHAHA 

Walau ape pun yang dah jadi, kami tetap happy sebab dapat peluang untuk kenal dengan uolss-uolss ni. Serious.. no doubt la. Haa. Hahaha Lima setengah tahun kita hidup bersama, biasa la tu kalau nak isi masa lapang uols dengan nak bercerita pasal kami yang tak penah rasa nak carik pasal dengan uols kan. Hahaha tade la. Serious, thanks sebab banyak ajar kami untuk jadi kuat. Kalau bukan sebab uols, memang kami akan sentiasa lembik la. Hahaha Thank you so much !!