Thursday, October 24, 2013

Mood datang balikkkkk!!!

Weehooo!!!

Setelah bersawang-sawang, berdebu 15 inci... Akhirnya, mood nak buat new entry datang balik.. 

HAHAHA 

Last update July, 2012 & new entry date 24th Oct 2013. Gile ohsem! Hahaha 

So, entry kali ni saya rasa nak buat pasal moment-moment terakhir sebelum habis belajar dekat IPG KTHO ni. Semalam try jubah konvo, time tu baru sedar yang tinggal lagi berapa hari je nak habis belajar. Lima tahun setengah menetap dekat BP ni. Macam-macam jadi.


Feeling nak convo dah ^^
And for today's entry, saya nak cerita pasal sem akhir dekat IPG ni. Yaaa!! Sem akhir okkkk!!! Hahahaha Untuk sem akhir ni, kami kena duduk luar and fyi ladies only ok. Sangat tak practical kan system. Tapi takpe, dah pun dilalui dengan hati yang kental dan keras. Hard like a rock. Hahaha Atas sebab-sebab yang tak perlu lah nak diceritakan, saya telah decide nak duduk berdua je dengan sahabat saya iaitu Diana Nasieha. Haa... Berdua je ok! Lagi satu, disebabkan kami ni bukan lah dari golongan yang berkemampuan untuk ada kenderaan yang ada bumbung, kami berdua just naik motor untuk ke kelas tiap-tiap hari. Lagi pulak, kami berdua ni dari kelas yang berbeza. Haa. Mimie ni kelas RBT 1 and saya pulak RBT 3. Ouh lupa. Mimie tu diana la. Nama ala-ala manja giteww.. Gedikss! Hahaha. Ok sambung balik, nama pun dah lain kelas, maka, secara tidak langsungnya jadual pun berbeza la jugak. Haa. Mimie ni selalu ade kelas pagi-pagi & saya pulak selalu kelas start lambat dalam pukul 10 ke 11 camtu la, tak pun tak de kelas langsung. Da nama pun teman serumah sebilik sekatil, tak kan la die pegi kelas pukul lapan saya nak balik rumah sambung tido pulak kan. Saya pn kena la siap awal jugak. Hantar si lenglui tu kat kelas die, lepas tu saya terus la carik port nak landing sementara tunggu kelas saya start. Port tu mesti la dekat surau blok KH!! Hahahaha memang feeling habis la landing kat situ, lagi-lagi kalau pagi-pagi. Sejuk wei!! Hahaha 

Haa, kalau saya pulak ada kelas pagi and Mimie pulak ade kelas lambat, die la pulak yang amik port landing dekat surau blok KH tu. Haa. Kira macam rumah persinggahan kami la. Lagi satu, kami malas la nak bazir minyak untuk just hantar salah sorang yang ada kelas pagi tu and patah balik rumah semata nak tido, baik carik port kat sana terus. Lagi best. Haa. Lepas tu kalau hujan pulak, kami akan inform la dekat KO & PKO kami yang kami datang kelas lepas hujan berhenti. Tak kan la nak redah hujan pulak kan. Walaupun masing-masing ada baju hujan, tapi kami pakai baju kurung kot. Consider la sikit. Haa. Nasib baik la lecturer pn faham and tak banyak bunyi. Hehe. Ala, kene perli dua tiga das tu biasa la. Wat lek wat pis je la. Ape ade hal. Depa bole la men sound, tade kene kat depa, ye dak. Lagi satu, rumah sewa kami ni memang hujung la. Hujung yang teramat. Haa. Kalau dekat rumah kami hujan tapi dekat IPG tak hujan , nak buat camne, tadah je la telinga dengar sindiran dari anasir-anasir busuk bachin tu. Janji kami tau apa yang kami buat. Haa. Tape la, kami dah dapat lalui pun moment-moment tu. Tak lama pun la. Pejam celik, pejam celik je dah study week dah ni. Kami anggap ni semua praktikum yang terakhir before kami kne posting. 

Sem ni jugak la kami tau yang mana betul-betul kawan yang akan ada dengan kami sentiasa bila susah atau senang. Nak cari kawan time senang memang senang, macam cari ikan dekan pasar la. Tapi nak cari kawan yang ada time kita susah tu, perghh.. bapak la susah die, macam nak cari jarum warna hijau dekat padang bola. Haa. Tapi tak pe, kami tak terasa hati pun la, tak amik port langsung kalau ade yang nak mengata pasal kami, makin berat bahu kanan kami dengan pahala-pahala yang anda-anda semua dok bagi free tu. Thanks uolssss! Love you so much! Muacksss! 

HAHAHA 

Walau ape pun yang dah jadi, kami tetap happy sebab dapat peluang untuk kenal dengan uolss-uolss ni. Serious.. no doubt la. Haa. Hahaha Lima setengah tahun kita hidup bersama, biasa la tu kalau nak isi masa lapang uols dengan nak bercerita pasal kami yang tak penah rasa nak carik pasal dengan uols kan. Hahaha tade la. Serious, thanks sebab banyak ajar kami untuk jadi kuat. Kalau bukan sebab uols, memang kami akan sentiasa lembik la. Hahaha Thank you so much !! 

Friday, January 27, 2012

mari mengundi?!

Yes! Mari mengundi.

Walaupun aku tak tau pasal benda ni, tapi aku still kena pergi daftar mengundi.

Kenapa kau semangat sangat?

Sebab, ayah aku dok semangat suruh aku daftar mengundi. Rugi kalau tak daftar katanya.

Pagi tadi, lepas solat subuh, ingat nak sambung tidur balik, maklumlah lagi berapa hari je nak tidur kat katil sendiri ni kan, dekat rumah pulak tu. Memang la xnak bangun awal. Nanti bila balik Johor, confirm-confirm la kena bangun awal. Kuliah start pukul 8.

Tapi, apakan daya, ayah datang kejut macam nak kejut satu asrama. Siap tarik selimut, bukak lampu, tutup kipas sebab nak kejut aku. Aku pun apa lagi, dok terkebil-kebil tengok apa yang ayah buat. Dengan hati yang cekal, aku bangun dari katil, tutup lampu, pasang kipas n tarik balik selimut untuk sambung tidur.

Ingatkan ayah dah pergi kerja, salah pulak. Tiba-tiba terdengar satu suara bagai halilintar yang menyambar dalam bilik aku. Lagi sekali ayah kejut, kali ni siap kena tarik badan lagi. Aku yang tengah mamai-mamai ni pun bangun la dari katil, pergi kat ayah, salam dia. Pastu naik katil balik. Memang ayah bising lagi sekali. Dia suruh bangun dari tidur, siap-siap nak pergi pejabat pos untuk daftar mengundi. Manalah aku tau, ingat dia nak suruh salam dia sebab dah nak pergi kerja.

Haish.. bapak.. bapak... macam-macam...

Thursday, December 1, 2011

Kakak

Aku sayang kakak aku nama dia Nur Nadiah yg sgt comel

Saturday, November 26, 2011

Mari mengemas~

Sekarang ni tepat pukul 3.45 am, dan saya masih tak tidur lagi.. Hehe.. Semua ni sebab esok.. eyh I mean harini ade kenduri kat rumah. Nak buat doa selamat and tahlil sebelum majlis kak ngah on 9 December. So, kene la prepare little bit for the ceremony. Nasib baik la dah biasa stay malam kat maktab. Semua gara-gara last minute study, tak tidur malam tu biasa la kan.. Dah nama pn student, tak chill la study awal-awal.. Hahaha.. Gilo kena katok ngan mak kalau tau study last minute. Malam-malam baru la ada semangat nak mengemas kann!! Same principle as study. Bagi fira, kalau nak study, better study malam-malam. Senang nak menghafal n senang masuk. Majlis ni dibuat untuk membahagikan tugas kepada sanak saudaraku, wah!! ayat tak menahan.. HAHA hurmm... tade la tugas apa pun, just nak inform tugas masing-masing time ceremony. To be truth, kalau boleh family fira tak nak susahkan orang lain. Tapi, dah nama pun family kann, close pulak tu, so... there you go~ tugas anda sudah diberikan sewaktu majlis tersebut berlansung bagi melicinkan perjalanan majlis nanti. :)

Amboihh firaaa.... sempat lagi kau update blog kan.. isk2.. hehe.. ok la.. nak sambng mengemas.. nanti kalau ada masa kita cerita pasal preparation wedding kak ngah ye.. :)

MOOD : still tade perasaan! HAHA :D

Thursday, November 24, 2011

My kak ngah~

dis year kak ngah saya nak kawin.. waaa!! tak caye... hurmmm... still tade perasaan lagi... but for the starter, kami da stat tido berasingan.. little weird at first, but still kene adapt sebab at the end, kak ngah still kene tido dengan husband die kan.. i mean after marriage la...

mula2 memang la kekok nak tido sorang2, yela kan.. since kecik lagi kteorg tido sekali, ni tetibe kene asing pulak.. i have to admit, saya tak bole tido sebenar nyer.. dok terguling2 atas sebab nak amik feel sebelum tido.. selalu sblm nk tdo, kteorg mesti bercerita... selalu kak ngah la yang conquer conversation kteorg.. kak ngah ni kalo die stat bercerita.. memang tade stop.. die akan ceritaaaaaa sampai lebam... die tak kesah la orang paham ke tak cerita yang disampaikan tu...

hurmm... adat la adik beradik bergaduhkan.. tipu la kalau cakap kteorg tade bergaduh... berani kerat jari la.. hahaha biase la.. da name pon adik... so sume yang saya buat kompom salah.. nak tegakkan pendirian kita pon kene cop melawan.. nak tegur pon salah sebab im the youngest in the family.. so, diam je la... agak2 sakit hati sangat.. g guling2 atas katil sambil jerit kuat2 dekat bantal.. tade siape nk dengar.. so bile tade siape yang dengar, tade la saya kene marah.. salah orang lain, tapi adik jugak yang kene, sabar je la.. tapi tak la sume bende kene marah, ade jugak kene backup... hehe...

9hb Disember 2011, Nur Nadiah bakal diijab kabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Mohd Khairulizzuddin selepas solat jumaat...

hurmm... dengan kata lain, hanya tinggal less than 3 weeks before kak ngah jadi isteri orang..

Thursday, May 5, 2011

Surat buat kekanda ku sayang~

Program Khidmat Masyarakat,
Bina Insan Guru (BIG) Sem 4,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
5 MEI 2011.


Kehadapan BIG yang membuat adinda ternanti-nanti. Diharapkan saudara BIG berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Tujuan adinda mengarang surat ini khas buat kekanda adalah kerana adinda sudah tidak dapat menahan lagi perasaan yang sedang meronta-ronta di dalam hati adinda. Walaupun adinda sudah kebal dengan segala perlakuan kekanda terhadap adinda, namun adinda tetap inginkan kepastian daripada kekanda. Sudah dua kali kekanda membatalkan temujanji kita. Adakah kekanda marah dengan adinda? Atau kekanda sudah berjumpa dengan gadis pilihan kekanda? Tolong terangkan sebab mengapa kekanda BIG cuba untuk menghindarkan diri dari adinda. Begitu banyak pengorbanan yang telah adinda lakukan bagi memenuhi segala hasrat dihati kekanda. Adakah kekanda masih belum berasa puas dengan segala pengorbanan yang telah adinda lakukan? Beritahu adinda wahai kekanda BIG ku sayang. Jangan berterusan menghukum jiwa dan raga adinda sebegini rupa. Adinda berharap hati kekanda BIG akan terbuka sekaligus mampu untuk merawat hati adinda yang sedang luka berdarah ini. Surat atau sebarang perkhabaran dari kekanda akan adinda nantikan dengan penuh pengharapan. Kucupan sayang dari adinda buat kekanda BIG.



Yang menanti dengan penuh pengharapan,
Fira Azhar.

Friday, April 8, 2011

aku masuk tarian?? omaigaddd!!


~ YES.. ape yg anda baca tu adalah
benar belaka... saya akan menari... demn it... hahaha ~



Camne bole masuk tarian? ouh sebab kami kat IPG ni ada satu program yang melibatkan orang asli kat area mersing.. so.. kami kna prgi sna untuk memenuhi salah satu daripada program BIG.. BIG tu ape? BIG ni Bina Insan Guru yang nk melatih kami sebagai bakal guru utk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh terjadi... sebenarnya program ni utk semester depan.. tapi disebabkan puan pengarah kna hantar kertas kerja beliau kat Kementerian Pendidikan, maka kami lah kelas yang bertuah utk pergi menjalani program tersebut sebagai penanda aras... 1st kat area selatan uolss... haaa...


Pada permulaan nyer, kelas kami bukan la kelas yang pertama ditawarkan untuk menyertai program ini.. tapi disebabkan kelas tu menolak tawaran tersebut, maka, kami dengan sebulat suara menerima dengan hari yang girang untuk turut serta dalam menjayakan program tu.. masing2 mula la terbayang cam dalam cite adam maya... hahaha nk pergi menyumpit la... g naik bot la... ye la... utk pergi kat area orang asli ni bkn dekat.. kne masuk dalam hutan... pendalaman tu... mne la tau kot2 kne posting kat area camni nnt... at least da ade pengalaman sket... tak gitu cik salmah? hahaha so.. kelas yang turut serta dengan kelas kami dalam program ni adalah dri opsyen PJ, tapi disebabkan beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan, opsyen ni tak dapat nk join trip ni... haih.... pening btol nk tentukan spe yg nk join.. yela... rmai kelas yang xnk join sebab sem ni kna buat 2 kali program BIG.. banyak kerja tu... da la semua kmi kna arrange... tapi takpe, pengalaman punya pasal, kelas kami still proceed dengan decision kami utk ikut program orang asli ni...


Maka, telah berlaku lah mesyuarat diantara kelas kami, RBT 3 (Reka Bentuk & Teknologi) & PK (Pendidikan Khas) yang menggantikan opsyen PJ (Pendidikan Jasmani) yang tak dapat ikut bagi melantik ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menggerakkan program ini... Nasyrul Syahmi telah dilantik sebagai Pengerusi dan Linda sebagai Naib Pengerusi.. senang dak berdua ni nk berkomunikasi... kenapa? sebab dalam hati ada chenta... hahahaha spe lak si Nasyrul Syahmi ni? alaa... yang slalu kne tipu tu la... cuba refresh balik entry yg sebelum ni.. cite psl die kna tipu.. hahaha ok2... then kami telah ditugaskan untuk melakukan persembahan pada malam kebudayaan kat sna nnt... yela... nk menghiburkan org2 asli tu nnt kan.. semua pelajar wajib untuk masuk persembahan, dan terdapat dua jenis persembahan iaitu tarian dan juga dikir barat.. disebabkan ramai dikalangan kami berasal dari pantai timur, maka, berpusu-pusu penyertaan disumbat dalam list dikir barat.. dan disebabkan kebanyakan pelajar perempuan kelas saya msuk tarian, dengan secara automatiknya, saya turut tersenarai dalam list tarian...


Disebabkan diri kuh ini tak pernah menari... badan gile kayu... disini saya nk menyusun sepuluh jari sebagai tanda kemaafan kat sape yg nk ajar saya menari nnt... wa mmg kayu beb! tak tipu! kalo bgi bab berlari ke.. melompat ke... guling-guling ke... bole la buat... ni nk soh berlenggok-lenggok lak... mak aih! tak dapek den nak nolong.. maap la yo.. awal2 laie den da kobarkan.. den ni kayu! spe lagi yg masuk tarian? insan2 yang terpilih adalah.....








so....
mari la kita bersama-sama cuba untuk menghiburkan orang-orang asli tu ye wahai teman...


InsyaAllah nnt akn diupdate cerita pasal program orang asli tu k.. :)


p/s : mode assignment activated