Friday, May 9, 2014

1st Job as a Teacher.

Alhamdulillah. 

Dah sebulan pegang title "cikgu" di Labuan ni. Sampai je terus dapat job latih budak untuk Pertandingan Bercerita Tahap 1. Nasib baik memang mengajar budak tahap 1. So, masa dalam kelas dah scan dah semua budak-budak 3 Marikh ni. Masa tengah mengajar, masa tu la juga mata melilau cari student yang ada potensi nak masuk pertandingan. So, saya cari teks untuk pertandingan tu dan buat dalam 5 salinan. 

Saya pun bagilah 5 salinan tu dekat 5 orang budak untuk dorang hafal sebelum buat ujibakat. Masa waktu BM, saya panggil 5 orang students ni & bercerita di depan kelas. So, dekat situ dah boleh nampak siapa yang dapat bercerita atau tak. 

Bila dah pilih budak untuk pertandingan teruslah latih sampai budak tu ingat text & gaya. Betulkan nada dan intonasi supaya orang yang dengar cerita yang dia sampaikan akan tertarik nak dengar. Maka, sampailah hari pertandingan, selepas daftar, kami pun membuat cabutan untuk giliran. 9 is the lucky number. 

Buku Program

Si Puteri tengah tunggu turn

Pentas untuk bercerita di SK Lubok Temiang

Tunggulah giliran dengan penuh sabar. Bila sampai turn kami, teruslah cik adik yang manis ni bercerita.........

Punyalah laju dia bercerita. Tak sampai 8 minit pun. Isk isk isk. Nervous la tu.
Lepas habis bercerita ikut teks yang dia dah berlatih tu, pusingan kedua terus bermula, Pusingan Bercerita Spontan. Pusingan ni, murid perlu pilih tema yang ada dekat meja hakim. Lepas tu, tengoklah gambar yang dah dia pilih, fikir cerita apa yang dia nak cerita nanti. Dalam masa 3 minit, cerita spontan ikut tema yang dia pilih tu, hendaklah disampaikan. 


Tapi bila dah sampai dekat stage, dia terdiam pandang parents dia. Takde idea. Hehe. Ouh parents budak ni memang super duper awesome! Bagi support yang sangat hebat dekat anak dia ni.  *Thumbs up*
Takpe lah. Tahun ni kita ambil pengalaman dulu. Next year kita cuba lagi tau. Cikgu tau awak boleh, tapi awak takut. 

So, ni la gambar Dyan Qistina & Cikgu Fira

No comments:

Post a Comment