Monday, October 27, 2014

Final trip of RBT 3

Ok. Tajuk yang sangat lame!!!  Dah berkurun kot. Baru nak update ke? 
HAHAHA
Sorry la geng, Baru terperasan ada blog yang dah berhabuk ni. Hahaha.

So, as for our final trip as classmate last year, we had decided to celebrate our final year at PD a.k.a Port Dickson, Negeri Sembilan. Humangai. Speaking. Hahaha.

Macam biasa, malas nak type panjang-panjang, 
let's the pictures tells the stories.

Area bersantai dalam apartment

My room. Tak kongsi sebab che narb takut tidur sorang. Hahahaha
View dari apartment's balcony

Tennis court

Lake view tau uolsss
 Ok. All above tu pic apartment yang kitaorang stay tu. A little bit scary? Yaa. Tell me bout it. Hahaha murah.. Grab je la. Student lagi kan time ni.

So, time nak gerak dari Batu Pahat ke Port Dickson dorang konvoi ramai-ramai. Kenapa dorang? Sebab iols balik KL. Different route. Kena la naik KTM g Seremban. Lepas tu naik bas untuk ke PD. Traveller sangat ok. Hahaha

Muka kebulur before gerak dari BP

Toyu buat onar dekat pian. HAHA

Che Narb bengang kena kacau time makan. Wat lek wat pis Narb! Hahaha

Buat apa tu toyu! Euwwww! Hahahaha
Hero-hero RBT 3
So, sampai la mereka ke tempat yang bakal kami hinggap sementara.
Kuajaqqqq! Angpa amik gambaq time ceq takdakkk!!! 
Yang aku plak tengah melayan perasaan dalam KTM sementara nak sampai kat PD tu. Cisss!
Women's couch

from BTS to Seremban

Perjalanan menuju ke puncak! cewahhh

Lepas turun dari KTM kena menapak untuk pergi ke stesen bas. phewww!

LRT - KTM - Walking - Bus
p/s : driver ni pasang lagu tamil. pening palo den.

Safely arrived at PD.
Waiting for Syahmi & geng to fetch me.


Sampai je, Syahmi cakap tunggu kejap. Dia datang amik, Ingatkan satu kete je yang datang. Rupa-rupanya satu kelas kot konvoi jemput iols. Terharuuuu!

Ok. Tak. Dorang ikut pun sebab sume da kebuloq. Depa pakat tunggu ceq sebelum depa nak lunch. 
So, bergerak lah kami ke kedai makan untuk mengisi tangki-tangki mereka yang kosong tu.


Ok. Dah cukup kuota. Boleh amik gambar!

Haruslah iols jadi ketua ok! Hahaha

Lepas makan, kami terus balik apartment untuk rest, solat & bersihkan diri masing-masing.
Petang tu, kiteorang decide nak pegi pantai. Woohoo! 
Boleh naik banana boat. (harapan, mak dah sound awal-awal jangan naik)





Sunday, May 11, 2014

Buku merah jangan lupa bawa~~~


Bawaaaaa.. Aku pergiiii....

Pergi mana la pulak ni... 

Kita pergi Singapore!!! Hahaha entry kalini nak cerita pasal trip to Singapore yang dah berhabuk & bersawang dalam laptop ni haa. 

Sebelum tinggalkan bumi johor sebab dah habis belajar, kami decide nak pergi Singapore. Dah sebelah je kan. Alang-alang dah dekat, bukak besar-besarlah langkah tu. Haa. Masa plan dulu bukan main lagi ramainya. Tapi bila dah nak pegi semua pakat-pakat duit habis. Hahaha.

So, tengok je la gambar. Malas nak cerita panjang-panjang. HAHAHA

Sebelum bertolak ke USS. Rumah sewa depa ni haa, Pura Kencana

Berjaya sampai! Yayyy!

Posing dulu!

Fira & Ainil 

Ira, Fira, Ainil & Hani. Dek Na amik gambaq elok2 naaa~

Jalan sikit, pose, jalan je, pose

Dup dap dup dap time amik gambar dgn dia ni. Menakutkan!

Ngeeee~~~~

Us with Betty Boobs~

Madagascar. Bawak Afeef best ni dekat sini. 

Kami ringan. Tak patah pun benda tu.

Ok kne bahan dgn bdk2 ni.
"G USS pn bwk laptop ke?"
Cissssss

Transformers! Best! Recomended!!!

Ok. tak suka naik ni. Peninggggg

Kena paksa angkat kepala. Cissss

Naik dinasour terbang-terbang

Live action

Style perempuan tu lompat dari atas tu.

Habis basah. Nasib baik ddk belakang. Tak kena pun. 


Gigih tu panjat benda tu dekat Far Far Away Kingdom

Saranghaeeee

Princess? Opsss

Rasa macam budak2 semula bila sampai dekat sini.

Mary Go Round~ Yippie~~

Dah puas main dekat Madagascar~~

Time to go home. Relax kejap sementara tunggu yang lain pegi shopping

Amik gambar dluuuuu

Yayyyy

Night View yang tak clear sbb ada kabus. HAHA

Yeahhhh

Best kalau ada pokok ni jual kat kedai
Trip to Singapore yang sangat memenatkan tapi sangat best! Berbaloi la penat untuk satu haritu. Nanti nak g dengan husband la. Boleh acah-acah nak seram + takut time naik roller coster. Pastu ada hero pujaan kat sebelah yang boleh digrab. 

Ngeh Ngeh Ngeh. 
*senyum evil*

Till the next entry,
fira

Friday, May 9, 2014

1st Job as a Teacher.

Alhamdulillah. 

Dah sebulan pegang title "cikgu" di Labuan ni. Sampai je terus dapat job latih budak untuk Pertandingan Bercerita Tahap 1. Nasib baik memang mengajar budak tahap 1. So, masa dalam kelas dah scan dah semua budak-budak 3 Marikh ni. Masa tengah mengajar, masa tu la juga mata melilau cari student yang ada potensi nak masuk pertandingan. So, saya cari teks untuk pertandingan tu dan buat dalam 5 salinan. 

Saya pun bagilah 5 salinan tu dekat 5 orang budak untuk dorang hafal sebelum buat ujibakat. Masa waktu BM, saya panggil 5 orang students ni & bercerita di depan kelas. So, dekat situ dah boleh nampak siapa yang dapat bercerita atau tak. 

Bila dah pilih budak untuk pertandingan teruslah latih sampai budak tu ingat text & gaya. Betulkan nada dan intonasi supaya orang yang dengar cerita yang dia sampaikan akan tertarik nak dengar. Maka, sampailah hari pertandingan, selepas daftar, kami pun membuat cabutan untuk giliran. 9 is the lucky number. 

Buku Program

Si Puteri tengah tunggu turn

Pentas untuk bercerita di SK Lubok Temiang

Tunggulah giliran dengan penuh sabar. Bila sampai turn kami, teruslah cik adik yang manis ni bercerita.........

Punyalah laju dia bercerita. Tak sampai 8 minit pun. Isk isk isk. Nervous la tu.
Lepas habis bercerita ikut teks yang dia dah berlatih tu, pusingan kedua terus bermula, Pusingan Bercerita Spontan. Pusingan ni, murid perlu pilih tema yang ada dekat meja hakim. Lepas tu, tengoklah gambar yang dah dia pilih, fikir cerita apa yang dia nak cerita nanti. Dalam masa 3 minit, cerita spontan ikut tema yang dia pilih tu, hendaklah disampaikan. 


Tapi bila dah sampai dekat stage, dia terdiam pandang parents dia. Takde idea. Hehe. Ouh parents budak ni memang super duper awesome! Bagi support yang sangat hebat dekat anak dia ni.  *Thumbs up*
Takpe lah. Tahun ni kita ambil pengalaman dulu. Next year kita cuba lagi tau. Cikgu tau awak boleh, tapi awak takut. 

So, ni la gambar Dyan Qistina & Cikgu Fira

Saturday, April 12, 2014

Labuan bhaaa!!

After 4 months being jobless, finally saya dah dapat posting!! Yayy!! At last!! Hahaha. Untuk tempoh 4 bulan tu jugak la sy tak update any entry dekat blog ni. Hahaha sebab tade cerita yang nak share. Same duty everyday. Bangun pagi, jaga Afeef, bela pokok-pokok dekat laman, masak, cuci yak Afeef yang bau umphhh tu, keluar teman mak pegi beli barang dapur. Haa.. tu je la rutin. Camno berat tak nak mendadak gilo. Dok makan tido, makan tido je keje. Hahaha.

So, finally saya dapat perkhabaran yang amat dinantikan oleh batch PISMP Jan 2010. Result posting dah keluar oi!! HAHAHA time check tu tade perasaan je. Sekali kuar ni haaa...


Amikkk!! WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN..

HAHAHA

Time nak ke Labuan tu semua ada sekali. Mak, Ayah, Kak Ngah & My Boyfriend si Afeef Ali!!


Time nak masuk dalam tu sedih la jugak tapi empangan still kukuh, salam parents & kak ngah still ok lagi. Tapi bila sampai dekat si kecik tu, boleh pulak die g ckp "Bye Acu, Love you Acu, Miss you Acu" siap kiss pipi lagi tau. Memang abis la pecah empangan air mata tu. Cisss!! Habis make up Acu. Sedih wei nak tinggalkan si kecik tu. Sobs sobs sobs.

Actually memang minta pun. Hehe. Kumpul harta dulu baru balik semenanjung. Ewahh. 
So, here i am. Working as teacher in Labuan. Posting dekat SK Pantai. So far surrounding dekat situ superb! Cikgu-cikgu senior semua friendly. GPK & GB pun sangat caring pasal kami cikgu-cikgu baru ni. Lagi-lagi yang dari semenanjung kannn. Haa..

Pasal rumah plk tak perlu risau. Duduk dengan kak long je. Alhamdulillah sekolah dekat dengan rumah. Balik sekolah boleh jalan je. Ade lah dalam 10 minit berjalan dari depan taman nak sampai ke rumah. Takpe, boleh kurus! Hahaha!

So, bermula la hidup saya sebagai seorang guru secara rasminya. Alhamdulillah. Benda paling wajib dibuat bila dah jadi cikgu adalah Rancangan Pengajaran Harian or also known as Lesson Plan. 

And this is my lesson plan.. HAHAHA
So, tu je la yang saya nak update untuk entry kali ni, till the next entry...
xoxo
fira